7 kegunaan umum pengkomputeran awan

June 12, 2020
Share:

Pengkomputeran awan atau lebih dikenali sebagai cloud computing telah luas digunakan kerana kemampuannya untuk menurunkan kos, lebih fleksibel, elastik, dan juga penggunaan sumber yang optimum.

Berikut adalah beberapa situasi di mana pengkomputeran awan digunakan untuk meningkatkan keupayaan organisasi mencapai sasaran perniagaan.

1. Infrastruktur sebagai Perkhidmatan ( Infrastructure-As-A-Service (IaaS)) dan Platform sebagai Perkhidmatan (Platform as a service (PaaS))

Dalam perihal IaaS, memanfaatkan infrastruktur sedia ada yang menggunakan kaedah bayaran setiap penggunaan merupakan pilihan yang jelas bagi syarikat yang ingin menjimatkan kos pelaburan untuk memperoleh, mengurus, dan menyelenggara infrastruktur teknologi maklumat.

Terdapat juga keadaan apabila organisasi beralih menggunakan PaaS dengan tujuan yang sama sementara mencuba untuk meningkatkan kelajuan pembangunan (development) pada platform yang siap digunakan bagi mengerah (deploy) aplikasi.

2. Awan persendirian (private cloud) dan awan hibrid (hybrid cloud)

Di antara banyak insentif untuk menggunakan awan, ada dua situasi di mana organisasi mencari cara untuk menilai beberapa aplikasi yang ingin mereka kerahkan ke dalam persekitaran (environment) mereka melalui penggunaan cloud, khususnya awan awam (public cloud).

Sementara dalam hal pengujian dan pembangunan pula, ia mungkin terbatas kerana kekangan masa.

Maka, mangamalkan pendekatan awan hibrid membuka kebolehan untuk menguji beban kerja (workloads) aplikasi.

Ia juga memberikan keselesaan persekitaran tanpa mengeluarkan pelaburan awal yang mungkin menjadi tidak berguna jika pengujian beban kerja tersebut gagal.

Antara penggunaan lain awan hibrid adalah kemampuan untuk berkembang pada waktu penggunaan puncak.

Selalunya sering digunakan untuk mengehos infrastruktur besar yang berkemungkinan jarang sekali dapat digunakan.

Apabila diperlukan, kebiasaanya organisasi akan memilih untuk memiliki kapasiti dan ketersediaan persekitaran tambahan secara bayaran sambil lalu (pay-as-you-go).

3. Ujian dan pembangunan

Mungkin senario terbaik untuk penggunaan awan adalah persekitaran ujian dan pembangunan.

Ia melibatkan banyak perkara seperti mendapatkan bajet, pengaturan persekitaran anda melalui aset fizikal, tenaga kerja dan masa yang signifikan.

Kemudian barulah proses pemasangan dan konfigurasi platform anda.

Semua proses ini selalunya akan memanjangkan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan projek dan merealisasi tujuan anda.

Dengan pengkomputeran awan, kini terdapat persekitaran yang siap disesuaikan mengikut keperluan anda hanya di hujung jari.

Ia sering digabungkan dengan penyediaan automatik (automated provisioning) sumber fizikal dan maya.

4. Analisis data raya (big data analytics)

Salah satu aspek yang ditawarkan apabila menggunakan pengkomputeran awan adalah kebolehannya untuk memanfaatkan sejumlah besar data berstruktur dan tidak berstruktur.

Ini membuka peluang kepada anda untuk menghimpunkan data perniagaan secara tepat dan bererti.

Kini, peruncit dan pembekal mengumpul maklumat dari corak pembelian pengguna untuk mensasarkan iklan dan kempen pemasaran kepada segmen penduduk tertentu.

Platform media sosial juga telah menyediakan analitik asas kepada organisasi tentang corak perlakuan (behavioural pattern) untuk mereka memperoleh maklumat yang bermakna.

5. Storan fail (file storage)

Cloud juga menawarkan anda kebolehan untuk menyimpan fail, mengakses, atau mengambilnya dari mana-mana antaramuka yang diaktifkan oleh sesawang (web-enabled interface).

Antaramuka perkhidmatan sesawang (web services) juga selalunya ringkas dan mudah difahami.

Pada bila-bila masa dan dimana juga, anda mempunyai ketersediaan yang tinggi (high availability), kelajuan, skalabiliti dan keselamatan untuk persekitaran anda.

Dalam senario ini, organisasi hanya membayar untuk jumlah penggunaan storan awan yang mereka gunakan sahaja. Kebimbangan untuk mengawasi penyelenggaraan harian infrastruktur storan tidak lagi diperlukan.

Terdapat juga kemungkinan untuk menyimpan data di dalam atau di luar premis bergantung mengikut pengawalseliaan syarat pematuhan bagi syarikat tertentu.

Data disimpan di dalam kumpulan storan maya (virtualized pool of storage) yang dihos oleh pihak ketiga mengikut keperluan spesifikasi pelanggan.

6. Pemulihan bencana (disaster recovery)

Keberkesanan kos penyelesaian pemulihan bencana (disaster recovey solution) adalah satu lagi faedah apabila menggunakan teknologi berasaskan awan.

Ia menyediakan pemulihan yang lebih pantas dari rangkaian lokasi fizikal yang berbeza.

Kosnya jauh lebih murah berbanding tapak pemulihan bencana tradisional yang menggunakan aset tetap (fixed assets).

Pemulihan bencana tradisional bukan sahaja menggunakan prosedur yang ketat, malah kosnya juga jauh lebih mahal.

7. Sandaran (Backup)

Menyandarkan data selalunya merupakan operasi yang rumit dan memakan masa.

Ini termasuklah menyelenggara satu set pita atau pemacu (drives), kemudian mengumpulkan mereka secara manual dan menghantarnya ke kemudahan sandaran (backup facility) dengan semua masalah yang mungkin berlaku di antara tapak sandaran asal dan cadangan.

Memastikan sandaran dilakukan dengan cara sebegini memberi ruang kepada masalah seperti kehabisan media sandaran, dan memuatkan peranti sandaran untuk operasi pemulihan yang memerlukan waktu dan terdedah kepada kerosakan dan kesalahan manusia.

Sandaran berasaskan awan, walaupun bukan penyelesaian yang sempurna, pastinya jauh lebih baik dari cara tradisional yang biasa digunakan sebelum ini.

Anda kini boleh menghantar data ke mana-mana lokasi yang anda ingini dengan jaminan bahawa keselamatan, ketersediaan atau kapasiti tidak akan menjadi masalah.

Walaupun senarai penggunaan pengkomputeran awan di atas tidak merangkumi kesemuanya, ia pasti memberi galakan untuk anda menggunakan teknologi awan apabila membandingkannya dengan alternatif yang lebih tradisional.

Ia pastinya dapat meningkatkan fleksibiliti infrastruktur teknologi maklumat, serta memanfaatkan analisis data raya dan pengkomputeran mudah alih.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pengkomputeran awan dan manfaatnya untuk perniagaan anda. Anda boleh terus hubungi kami di sini

AXO Technologies Sdn Bhd (1276407-U) is an innovative and thoughtful IT consulting firm based in Selangor, Malaysia. We help organizations solve their IT challenges by leveraging technology in their business process.

With our certified professional team, we strive to provide a better understanding and relationship with our customers.
+603 7622 2008info@axotechnologies.com
AXO primary logo in white
Privacy Policy
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram